Tuesday, April 6, 2010

Doa Seorang Kekasih


Ya Allah
tidak ku sedari
Selama ini cinta-Mu tidak pernah menyepi
Rahmat dan Kasih Sayang-MU tidak pernah bertepi
setiap hamba-Mu tetap Kau sayangi
biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
janji pada-Mu tidak pernah Kau mungkiri
Ampunkanlah...radhailah..
Wahai Tuhan Yang MAha Pengasih...




Saturday, April 3, 2010

kerana Wanita...


Wanita itu sendiri adalah rahsia
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita

Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik

atas dasar akhlaknya.

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat

apa-apa

wanita diciptakan bukan daripada tulang rusuk atas untuk memerintah

bukan daripada rusuk bawah untuk dipijak

tetapi terletanknya rusuk itu di bahagian dada

berdekatan dengan tangan yang membelai

dan hati yang mempunyai perasaan dan kasih sayang





Friday, April 2, 2010

Puisi Ketika Cinta Bertasbih oleh Sheikh Jalaluddin al-Rumi

Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..
Dideklamasikan oleh Ayyatul Husna
—–
Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..
Dideklamasikan oleh Anna AlthaFunnisa