Assalamualaikum saudara saudari yang dikasihi..hari ini saya ingin berkongsi maksud hikmah. Merujuk kepada perkataan ‘al-Hikmah’ dalam hadis di bawah, Syeikh Muhamad Abdullah al-khatib telah menghuraikannya seperti berikut:
“Sesungguhnya Islam datang untuk merealisasikan seluruh kebaikan untuk manusia dan dalam masa yang sama menjauhkan seluruh bentuk kerosakan dalam urusan agama dan keduniaan daripada mereka. Sesungguhnya asas dan binaan syariat adalah berdasarkan hukum dan kepentingan manusia di dunia dan di akhirat, iaitu seluruhnya keadilan, kerahmatan, kemaslahatan dan hikmat. Oleh itu setiap permasalahan yang terkeluar dari keadilan kepada penganiayaan, dari rahmat kepada sebaliknya, dari kemaslahatan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia, maka itu bukan dari syariat, sekalipun ia digolongkan ke dalam syariat secara takwil. (I’lam al-Muwaqqi’in)
Percayalah, setiap apa yang didatangi pada kita itu, ada hikmah disebaliknya..Rasulullah SAW pernah bersabda' Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi).'Apa yang penting sekarang ini, kita harus menempuhi dugaan, kebahagiaan yang berlaku dalam seharian hidup kita dengan keimanan dan ketaqwaan. Yakinlah Allah maha pengasih lagi maha penyayang.setiap kesukaraan yang dilalui oleh hambaNYa adalah ujian, setiap kebahagiaan yang dilalui oleh hambaNYa juga adalah ujian.'Barangsiapa takut kepada Allah nescaya tidak dapat dilihat marahnya.Barangsiapa takutkan Allah tak sia-sia apa yang dia inginkan.'
jOm hayati lagu ini...best...