Saturday, April 9, 2011

Nasihat kepada kamu

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
-Surah Al-Israk: ayat 32

Pergh......sayang...sume org boleh ckp pasal sayang..apatah lagi cinta kan?(eh, betul ke?)
..hurm...sekarang ni, disebabkan sayang dengan cinta, serah kan jiwa raga fizikal rohani dan segala-galanya lah dan hasilnya, (ramai anak-anak kecik dijumpai mati di tepi2 longkak dan sampah hasil daripada percintaan hangat mereka)... pe bende ni??haih budak-budak zaman skrg klu bercinta, berkasih sayang tak kenal adat atau agama..main redaaaah jer..asalkan dapat meluahkan rase cinta dan kasih sayang ntah pape mereka tuh...(berkorban jiwa raga demi insan tercinta la..ececeyh) sumenyer adalah kerana nafsu serakah yang tidak dilindungi iman dalam diri masing-masing...saya sekadar mengingat diri sendiri kerana saya pun bercinta...tapi ada batas dan hadnya...........ingat pesan ayah tercinta : " kemu membawa nama ayah dengan ibu..samaada kamu memuliakan kami,  mahupun meruntunkan hati dan jiwa kami...terserah kepadamu along! semoga Allah sentiasa pelihara.....(rindu3!)



 ( bayi hasil daripada percintaan sampah)
MasyaAllah............


Di sini jelas, bahawa pemberian nafsu oleh Allah s.w.t kepada manusia adalah tanda kemuliaan manusia melebihi penciptaan lain tetapi jika manusia tidak dapat menguruskannya sebagaimana yang digariskan Allah, maka martabat kemanusiaan akan jatuh setaraf dengan haiwan bahkan lebih teruk dari haiwan.


Wahai penghuni Bumi Allah..............
ingatlah, paling cintalah kepada Allah necaya Allah akan beri kamu kebahagiaan yang hakiki...
bantulah insan-insan seperti ini selagi mereka masih mempunyai pelaung
dan Allah maha Pengampun......



Juga diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Muslim dari Anas r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada tiga perkara, barang siapa terdapat di dalam dirinya ketiga perkara itu, maka ia pasti mendapatkan manisnya iman, iaitu: Allah dan RasulNya lebih ia cintai dari pada yang lain, mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah, benci (tidak mahu kembali) kepada kekafiran setelah ia diselamatkan oleh Allah darinya, sebagaimana ia benci kalau dicampakkan kedalam api".





segeralah bertaubat selagi kita mempunyai masa. 
berilah sedikit peluang dan ruang untuk kita bersama dengan Allah
Allah Maha Pengasih lagi maha penyayang...
Ingatlah....orang yang sentiasa membantu diri sendiri,
akan sentiasa dibantu
Allah kan melindungi orang yang mahukan kebaikan


Sesunggunya taubat disisi Allah adalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudia mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima taubatnya, dan Allah maha mengetahui dan maha bijaksana.(17) dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang yang mengerjakan kejahatan hingga apabila datang ajal kepada seseorang diantara mereka, lalu berkata; “sesungguhnya saya bertaubat sekarang” Dan tidak pula diterima taubat orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi mereka itu telah kami sediakan siksa yang pedih.(18) - (Surah An-Nisa’)



semoga kita mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku sekitar kita

Dunia Kian Hampir Dengan Hari Pembalasan!!!!






L.o.V.E