I wish I could see him today...
Hari ini genaplah 21 tahun dia berhidup di muka bumi ini.
dan pada hari ini genaplah kita 3 tahun, 4 bulan, 2 minggu dan 3 hari kami bersama..
tidak termampu saya memberikan hadiah yang sangat berharga kepada nya
terlalu sukar untuk kami bersua muka
dugaan ini menimbulkan satu perasaan yang aneh
dimana saya tidak dapat mengungkap dengan kata-kata...
sedangkan kami dipisahkan dengan lautan yang luas hasil ciptaan-Nya
bersyukur jua kehadrat Ilahi,
dengan perpisahan sementara ini memberikan kami peluang dan ruang
mengenal apa itu cinta.....
kerinduan yang tanpa diduga
mengundang keyakinan dalam setiap jiwa kami
untuk mengekalkan kesetiaan...
InsyaAllah, mudah-mudahan Tuhan memberkati
Wahai kekasih hatiku,
terima kasih kerana dilahirkan didunia ini untuk bertemu denganku,
terima kasih kerana dilahirkan didunia ini untuk memberikan secebis kasih sayang dan cinta buat diriku
akan ku hormati mu seadanya..
akanku terima dirimu seikhlasnya
akan ku setia sehingga ke syurga...
terima kasih jua kerana menghormati keputusanku,
terima kasih memahami diriku dan terimakasih jua
mencintaiku...
semoga, Allah memberkati kasih sayang kita....