Manusia pernah melakukan kesilapan..tetapi kadang-kadang kesilapan itu menyedarkan banyak pihak bahawa setiap manusia itu tidak pernah sempurna..(kecuali golongan yang merasa diri sangat perfect).
Setiap orang juga akan merasa dia telah melakukan perkara-perkara yang baik sahaja, tak pernah terfikir untuk melakukan keburukan..Memang benar, dalam dunia ini tidak ada yang tidak mahu kebaikan..kecuali orang gila saja yang suka melakukan keburukan..Sebab, orang gila tu hanya pentingkan diri sendiri.
Manusia tidak akan membuat kebaikan dan keburukan jika tanpa sebab...Tetapi pernah sedarkah kadang-kadang kebaikan yang kita lakukan itu, kita sedari bahawa ia adalah untuk diri kita semata-mata. Apabila kita mula mengungkit segala kebaikan, kita tidak menyedari bahawa kebaikan yang kita lakukan selama ini hanya bersebab..Ya, ia akan terjadi apabila merasakan diri tidak mendapat manfaat dan penghargaan dari orang lain..
Jadi, bagaiman kita perlu mengubati penyakit ini??
Kembalilah ke jalan Allah..
Istighfar lah...Ingatlah Allah, sesungguhnya, ia adalah jalan yang terbaik
Apabila anda merasakan diri anda tidak dihargai
Kembalilah berfikir, setiap manusia pasti bersebab kenapa mereka melakukan seperti itu...
Walaubagaimanapun perit yang dirasai apabila kita tidak diperlukan, kita tunding jari tersebut pada diri kita, apa kesilapan kita..
Mengapa mereka melakukan seperti itu...
Apa yang terjadi pasti ada maksud tersirat...
Allah jua tidak menentukan takdir kita tanpa bersebab...
Mengapa??
Kerana Allah mahu kita berusaha mencari
dan terus mencari...
Kita perlu mencari keredhaan-Nya...
Janganlah terlalu merasa diri itu tidak dihargai
Jika anda berasa begitu, Siapakah Allah yang selama ini memberikan kita kebahagiaan??
Siapakah Allah pada kita???
Kita WAJIB bergantung kepada ALLAH
Janganlah kita bosan apabila orang itu mengatakan "ITU KERJA ALLAH"....
Tidak perlu...janganlah kita merasa bosan..
Fitnah namanya...
Adakah kita pasti orang itu tidak berusaha??
Adakah kita pasti???
Jika anda bersepsi seperti itu buta sebenarnya..tidak pernah mahu berfikir
dan tidak pernah mahu meletakkan diri di tempat orang itu..
...Saya yakin, setiap orang pasti berusaha demi kebaikan diri sendiri
Manusia yang benci melihat kesenagan orang lain adalah orang yang paling hina dimuka bumi ini...
Ingatlah...kita perlu berusaha, pada masa yang sama, bergantunglah pada tali Allah.....
Hanya pandangan sendiri~
Fika